Kembara Classic Kembara Classic juga dikenali sebagai KC, iaitu singkatan dari Kembara (K) Classic (C). KC memilih menunggang motorsikal lama ini iaitu Honda C70 sebagai satu hobi selain akan cuba merakamkan sesuatu peristiwa itu sebagai satu kenangan yang abadi. Selain itu juga, KC sentiasa juga akan melakukan pengembaraan ini bersama anak lelakinya iaitu Danish Irfan. Semoga setiap kenangan ini akan memberikan manfaat untuk meneruskan kehidupan yang sentiasa penuh cabaran dan dugaannya.
Wednesday, 13 March 2013
Sejarah Kembara Classic
Sejarah Motor Klassik Ku. Info: No Plat Kenderaan : BAV 2826 Jenis Kenderaan : Motorsikal Honda C70 Tahun dibeli : May 1977 Alkisah... Motor klassik c70 ini adalah milik ayah iaitu Haji Sumar Haji Mohd Noh. Motor klassik ini banyak berkhidmat semasa keluarga aku memiliki kedai runcit "KEDAi RUNCIT ZAINAF BT HASHIM" yang terletak di Kg Delek Kanan ketika itu. Saya masih ingat lagi motor ini hanya digunakan sebagai pengangkutan untuk kepasar membeli barangan basah, menghantar tong gas dan juga menghantar barangan yang telah di beli oleh pelanggan di sekitar Kg. Delek. Kadang kala kenderaan ini digunakan untuk menghantar aku ke sekolah. Motor ini memang banyak kenangan pada aku kerana sejak umur aku 10 tahun lagi (1986) memang aku sudah menunggang motor ini di sekitar pelusuk kampung... sehingga tahun 1991 motor klassik ini telah tesadai sahaja di tepi rumah sebab ayah dah beli motor baru YAMAHA 100 SPORT. Apa lagi memang motor klassik ini hanya menjadi hiasan di tepi rumah hingga seperti besi buruk. Setelah lebih 20 tahun tersadai... akhirnya pada tahun 2013 bulan Febuary aku telah mengambil keputusan untuk membaik pulih motor c70 ini atas sebab terasa sayang pada motor klassik kerana memang banyak kenangannya bersama ibu dan bapa aku. Ibaratnya, apabila terpandang motor klassik c70 ini maka aku akan teringat pada ayah dan ibu aku. Aku berharap motor klassik ini akan memberikan aku semangat dalam kehidupan ini dan impian aku agar dapat membawa motor klassik ini ke seluruh malaysia supaya dapat memberikan banyak kenangan terindah dalam hidup aku dan seluruh keturunan aku dimasa akan datang... Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
as salam.. bang nak tanya kat mana hantar buat balik moto ni? dan berapa modal habis dari sebelum ke selapas punya gambar tu? saya ada sebijik nak buat balik, tapi taktau kat mana dan berapa bajet..
ReplyDeleteSorry Tuan, lambat reply... cost bergantung kepada kepuasan dan kehendak pelanggan...
ReplyDeleteSorry Tuan, lambat reply... cost bergantung kepada kepuasan dan kehendak pelanggan...
ReplyDeletekalau contoh macam motor tuan dari sblm ke selepas tu berapa kosnya?
ReplyDeletenak bajet2..
RM 3K
ReplyDeleteRM 3K
ReplyDelete