Monday 26 December 2016

Krabi Aku Datang - Honda C70 (Part 1)

05-08-2016
1
Krabi Aku Datang 2016
Kembara Classic

Part 1 - ASSALAMUALAIKUM dan salam sejahtera pada semua rakyat Malaysia yang KC hormati. Sebelum meneruskan coretan ini, adalah baik untuk KC ucapkan “Salam Kembara” kepada semua para kembara yang KC hormati tidak kiralah dimana mereka jua berada.
KC tahu, di luar sana ada ramai lagi pengembara yang hebat pengalamannya dan tidak mungkin mampu dilakukan oleh orang lain. Tapi, terasa rugi juga jika kita tidak mahu untuk mencubanya. Kenapa mahu mencuba seperti mereka? Jawapan dari KC adalah… Bukan KC mahu mencuba tetapi mahu melakukan dan menikmati dan mahu menjadikan pengalaman ini sebagai satu inspirasi untuk KC teruskan sisa sisa kehidupan didunia ini. Orang kata, perkara dan pengalaman itu amat bermakna itu dan tidak boleh untuk dijual beli. Jika kita ikhlas dan redho sudah pasti amat tinggi nilainya. Samalah seperti iman yang tidak boleh diwarisi.

IMPIAN - Kali ini, KC memilih Krabi Thailand sebagai destinasi untuk mencuba memenuhi hasrat kembara ini. Gara gara sahabat Peketum dari Utara (Mad Duha) ada berbunyi tentang perkara ini di fb“Ride to Krabi – Sempena 7th ANNUAL RIDE KRABI 2016 dibulan November nanti. Dan Lebih menguatkan lagi adalah disebabkan anak KC Danish Irfan ni,yang selalu sangat bertanyakan tentang negara Thailand ini bagaimana rupanya??? Kalau dijawab Thailand tu macam Nora Danish pun si kecil ini akan menerimanya. Soalan demi soalan ditanya olehnya dari hari ke sehari sampai bengkak juga telinga KC setelah pulang ride dari Koh Samui Thailand pada August 2015 yang lalu bersama sahabat sahabat yang lain.

FOCUS - Ikutkan hati, rasanya dah nak tutup buku atas faktor kerjaya dan ayah KC yang tidak berapa sihat. Perkara ini memang amat memerlukan focus yang tinggi bagi memastikan kerjaya dan ayah KC sentiasa dalam keadaan yang baik. Bila pandang wajah Danish Irfan, pelbagai perasaan mula wujud rasa kesian dan geram pun semua ada. Bila teringatkan ayah KC semasa sihat akal fikirannya, memang selalu juga beliau akan cuba mencapaikan segala impian KC.

SETUJU - Akhirnya, pada 4/6/ 2016 - KC secara peribadi memaklumkan kehadiran KC dan Danish Irfan untuk menyertai misi tersebut beserta bayarannya sekali secara online. Walaupun diberitahu terlalu awal dan masih dalam perbincangan, KC tetap dengan keputusan ini kerana tidak mahu menoleh kebelakang lagi. Terlihat wajah kegembiraan si kecil ini dan terlihat juga nama KC dan Danish Irfan tertera di ruangan fb PEKETUM untuk kehadiran. Terasa takut juga sebenarnya, kerana kebiasaanya adalah kurang menjadi kenyataan bila keputusan terlalu awal dan tanpa perancangan yang baik. Cuma berbekalkan niat yang baik ini semoga impian ini terlaksana dan dimakbulkan. KC juga berharap semoga ibu dan keluarga KC sentiasa dalam keadaan baik agar dapat memberikan perhatian pada ayah nanti.

ATM - 29/7/2016 – Dimana para sahabat kembara “Adventure Touring Malaysia (ATM)” dari Utara hingga ke Selatan Malaysia ada perjumpaan untuk ber TTS sempena Hari Raya dan sudah pasti dapat memberikan banyak perkara yang baik . Disini, akan dapat melihat dengan lebih dekat lagi secara bersua muka kepada para kembara yang sebelum ini hanya dibaca dimuka buku sahaja (fb).

2
Krabi Aku Datang 2016
Kembara Classic
Hakikatnya pada hari tersebut sudah memang menjadi rezeki si Danish Irfan. Pada awalnya KC tidak merancang untuk membawanya tetapi Allah S.W.T lebih mengetahui. KC menerima pesanan wassup untuk terpaksa berpatah balik dari Kampung Hang Tuah bersama sahabat sahabat dari Utara ketika itu untuk pulang semula ke arah KL untuk menyelesaikan beberapa document kerja. Oleh sebab itu, KC dapat balik ke rumah untuk mandi dan membawa si kecil ini bersama. Akhirnya, dapatlah juga sikecil ini melihat sendiri dan mendengar cerita cerita pengalaman dari para kembara yang terlibat ketika itu.

TERKEJUT – Semasa dalam perjalanan untuk perjumapaan (ATM) itu, tidak sangka sikecil ini ada bersuara mahu menggunakan motor Honda C70 ke Krabi nanti. Sebenarnya, secara peribadi motor C70 sudah lama berehat di dalam bilik dalam keadaan yang tidak cukup sifatnya. Tayar, Rim, Fork, Arm dan sebagainya telah pun KC jual. Hanya sempat di catkan semula tetapi misi terus senyap setelah kesihatan ayah KC yang semakin tidak stabil.

WAKTU – Mesej untuk ride ke Krabi sudah diterima di muka buku. Tarikh keramat 25-27 NOV 2016 sudah ditetapkan. Ini bermakna, KC masih ada 4 bulan sahaja lagi untuk membaik pulih dan melengkapkan apa yang patut bagi memastikan motor C70 ini dapat dijadikan semula sebuah jentera dua roda semula. Sudah pasti cabaran ini agak berat dirasakan kerana terasa takut tidak sempat menyiapkannya.
Apatah lagi untuk menguji kecekapannya seperti pendekar yang gagah berani dan kepantasannya selaju angin selaju 280KM/J serta ketahanannya seperti kereta kebal yang mampu bertempur dimedan perang nanti. Setiap titisan darah yang jatuh kebumi ini pasti akan sentiasa bermain difikiran KC. Terasa sangat laju bebenor masa ini bergerak pantas dan amat sukar untuk mempercayainya dan kegagalan sentiasa dirasai. Di dalam waktu terluang bersamanya, sengaja menyatakan FZ 150 KC lagi best bagi mengambil jalan mudah untuk melupakan hasratnya bersama C70 nanti. Bila bersendirian pula , sengaja KC memainkan memori indah C70 di dalam kepala ini ketika kami bersama dulu.

3
Krabi Aku Datang 2016
Kembara Classic
TUMBESAR – Bila difikirkan secara mendalam memang inilah ragam cabarannya. Dia masih tidak faham tentang apapun dan mungkin juga inilah antara yang terbaik dalam proses pembesarannya. Sejak lahir semuanya disediakan. Sebagai ayah memanglah kita akan bagi yang terbaik dalam hidupnya. Tetapi akhirnya, hanya dia sendiri yang akan akan tentukan. Semoga pengalaman yang bakal tiba nanti akan dapat digunakannya kelak untuk menjadinya anak yang soleh dan baik akan datang. KC pun rasa tak mampu menjadi seorang ahli tahfiz dan mana tahu diizinkan anak kecil ini mampu lakukan dan bakal AlTahfiz Biker (ATB) suatu hari nanti. Ini juga adalah impian dan harapan seorang ayah. (Bersambung....)

****Minggu ni kita kasi focus untuk siapkan motor dulu...