Friday 22 March 2013

Kembara Klassik di Bukit Jugra Banting Selangor.






17 Mac 2013 - Kembara Klassik telah menguji C70 dari klang - Banting bagi persiapan Misi Jelajah Selangor yang bakal tiba pada 30-31/3/2013 nanti. Salah satu tempat yang menarik di banting ini ialah Bukit Jugra yang terkenal sebagai lokasi sukan luncur angin (paragliding) ketika ini dan juga tempat yang bersejarah. Mari kita kenali tentang bukit ini dengan lebih dekat lagi...
Pengenalan.
Bukit Jugra yang terletak di Jugra, Kuala Langat, Selangor mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jugra merupakan sebuah bandar yang menghadap Selat Melaka dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bandar yang paling hampir dengan Jugra adalah Bandar Banting yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Mengikut sejarah, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859 hingga 1898, Bukit Jugra Banting telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu. Antara yang menjadi tarikan pelancong di Bukit Jugra Banting sehingga kini selain makam kerabat di raja Selangor adalah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Bukit Jugra. Rumah Api Bukit Jugra setinggi 146 meter ini dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Maritim Malaysia.
 
 
Fungsi rumah api suatu ketika dahulu adalah memberi kemudahan kepada para pedagang atau pelayar untuk keluar masuk ke pelabuhan terutama pada waktu malam. Namun, kini rumah api tidak lagi digunakan dan hanya dijadikan sebagai bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang. Selain terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri, Bukit Jugra Banting sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat dan mengenali Rumah Api Bukit Jugra dengan lebih dekat. Rumah api yang tersergam indah ini memberi seribu satu kelebihan kepada pengunjung terutama kepada peminat sejarah. Bukit Jugra selain menjadi pilihan pencinta sejarah Rumah Api Bukit Jugra, turut diadakan aktiviti luncur udara yang melibatkan penyertaan seramai lapan ahli Kelab Rekreasi Utusan Malaysia (KRUM) bersama Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) pada 19 dan 20 Jun 2010 yang lalu. Terbang tinggi di udara melebihi ketinggian Rumah Api Bukit Jugra Banting setinggi 146 meter memberi pengalaman yang cukup berharga buat peserta, di samping dapat menikmati pemandangan berlatarbelakangkan perairan Selat Melaka yang begitu indah.

 Kesan Sejarah - Tapak Perigi Lama Jugra
Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi di jalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu.  Di kawasan tapak di Bukit Jugra ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.  
 

Wednesday 20 March 2013

MISI KEMBARA KLASSIK JELAJAH SELANGOR PADA 30 ~31hbMAC 2013

Misi Kembara Klassik jelajah Negeri Selangor ini adalah bertujuan amal bagi memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Kami Prihatin Malaysia (We Care)di Seluruh Negeri Selangor. Misi jelajah ini akan bermula pada tarikh 30.03.2013 – 31.03.2013 dan akan bermula di Harbour Place Mall Klang pada jam 08.30 pagi. Kembara klassik ini terdiri daripada 3 anak muda dari Negeri Selangor yang akan menyahut cabaran dengan menunggang motor klassiknya iaitu jenis Vespa era 60-an, C70 era 70-an dan Yamaha era 80-an untuk menyahut cabaran untuk mengelilingi Negeri Selangor jarak melebihi 500KM bagi tujuan amal tersebut. Sokongan dan dorongan daripada PKKPM (We Care) amat mengalakkan kerana perancangan berkonvoi akan turut serta bersama warga OKU pada hari berikutnya pada 31.03.2013 iaitu dari Shah Alam – Klang. Misi Kembara Klassik jelajah Negeri Selangor ini adalah bertujuan amal bagi memperkenalkan Pertubuhan Kebajikan Kami Prihatin Malaysia (We Care) di Seluruh Negeri Selangor. Misi jelajah ini akan bermula pada tarikh 30.03.2013 – 31.03.2013 dan akan bermula di Harbour Place Mall Klang pada jam 08.30 pagi. Kembara klassik ini terdiri daripada 3 anak muda dari Negeri Selangor yang akan menyahut cabaran dengan menunggang motor klassiknya iaitu jenis Vespa era 60-an, C70 era 70-an dan Yamaha era 80-an untuk menyahut cabaran untuk mengelilingi Negeri Selangor jarak melebihi 500KM bagi tujuan amal tersebut. Sokongan dan dorongan daripada PKKPM (We Care) amat mengalakkan kerana perancangan berkonvoi akan turut serta bersama warga OKU pada hari berikutnya pada 31.03.2013 iaitu dari Shah Alam – Klang.

Monday 18 March 2013

Baik Pulih Engine C70


Apabila C70 ku sudah melebihi 20 tahun tersadai di tepi rumah. Brother David Kim 019-3613191 (A&B Motor Trading) telah membaik pulih bahagian engine. Ada juga aku request kat brother David Kim ni suruh kasi power sikit motor C70 ini tapi katanya ... klassik kena slow and steady baru ada feel... Setelah aku menyatakan hasrat untuk menjelajah selangor naik motor C70 ini, akhirnya ada juga brother David Kim kasi bikin sikit kat motor ni supaya ada power sikit (Sikit je ok) dan masih dalam keadaan standard lagi...

Wednesday 13 March 2013

Misi Kembara Solo Dengan C70

Misi ini masih lagi dalam perbincangan dan perancangan yang memerlukan ketelitian yang terperinci. Serta perlu membuat rujukkan mengenai keadaan dari segi fizikal, mental, kesihatan, pengangkutan, kewangan dan kawasan yang akan di lalui kelak.

Sejarah Kembara Classic

Sejarah Motor Klassik Ku. Info: No Plat Kenderaan : BAV 2826 Jenis Kenderaan : Motorsikal Honda C70 Tahun dibeli : May 1977 Alkisah... Motor klassik c70 ini adalah milik ayah iaitu Haji Sumar Haji Mohd Noh. Motor klassik ini banyak berkhidmat semasa keluarga aku memiliki kedai runcit "KEDAi RUNCIT ZAINAF BT HASHIM" yang terletak di Kg Delek Kanan ketika itu. Saya masih ingat lagi motor ini hanya digunakan sebagai pengangkutan untuk kepasar membeli barangan basah, menghantar tong gas dan juga menghantar barangan yang telah di beli oleh pelanggan di sekitar Kg. Delek. Kadang kala kenderaan ini digunakan untuk menghantar aku ke sekolah. Motor ini memang banyak kenangan pada aku kerana sejak umur aku 10 tahun lagi (1986) memang aku sudah menunggang motor ini di sekitar pelusuk kampung... sehingga tahun 1991 motor klassik ini telah tesadai sahaja di tepi rumah sebab ayah dah beli motor baru YAMAHA 100 SPORT. Apa lagi memang motor klassik ini hanya menjadi hiasan di tepi rumah hingga seperti besi buruk. Setelah lebih 20 tahun tersadai... akhirnya pada tahun 2013 bulan Febuary aku telah mengambil keputusan untuk membaik pulih motor c70 ini atas sebab terasa sayang pada motor klassik kerana memang banyak kenangannya bersama ibu dan bapa aku. Ibaratnya, apabila terpandang motor klassik c70 ini maka aku akan teringat pada ayah dan ibu aku. Aku berharap motor klassik ini akan memberikan aku semangat dalam kehidupan ini dan impian aku agar dapat membawa motor klassik ini ke seluruh malaysia supaya dapat memberikan banyak kenangan terindah dalam hidup aku dan seluruh keturunan aku dimasa akan datang... Sekian.