Friday 22 March 2013

Kembara Klassik di Bukit Jugra Banting Selangor.






17 Mac 2013 - Kembara Klassik telah menguji C70 dari klang - Banting bagi persiapan Misi Jelajah Selangor yang bakal tiba pada 30-31/3/2013 nanti. Salah satu tempat yang menarik di banting ini ialah Bukit Jugra yang terkenal sebagai lokasi sukan luncur angin (paragliding) ketika ini dan juga tempat yang bersejarah. Mari kita kenali tentang bukit ini dengan lebih dekat lagi...
Pengenalan.
Bukit Jugra yang terletak di Jugra, Kuala Langat, Selangor mempunyai keunikannya yang tersendiri. Jugra merupakan sebuah bandar yang menghadap Selat Melaka dan berhampiran dengan Sungai Langat. Bandar yang paling hampir dengan Jugra adalah Bandar Banting yang jaraknya kira-kira 20 kilometer. Mengikut sejarah, ketika zaman pemerintahan Sultan Abdul Samad yang memerintah negeri Selangor dari tahun 1859 hingga 1898, Bukit Jugra Banting telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Selangor pada ketika itu. Antara yang menjadi tarikan pelancong di Bukit Jugra Banting sehingga kini selain makam kerabat di raja Selangor adalah rumah api yang dikenali sebagai Rumah Api Bukit Jugra. Rumah Api Bukit Jugra setinggi 146 meter ini dibina pada tahun 1976 dan ditadbir oleh Jabatan Maritim Malaysia.
 
 
Fungsi rumah api suatu ketika dahulu adalah memberi kemudahan kepada para pedagang atau pelayar untuk keluar masuk ke pelabuhan terutama pada waktu malam. Namun, kini rumah api tidak lagi digunakan dan hanya dijadikan sebagai bahan sejarah untuk generasi kini dan akan datang. Selain terkenal dengan sejarahnya yang tersendiri, Bukit Jugra Banting sering menjadi tumpuan pengunjung untuk melihat dan mengenali Rumah Api Bukit Jugra dengan lebih dekat. Rumah api yang tersergam indah ini memberi seribu satu kelebihan kepada pengunjung terutama kepada peminat sejarah. Bukit Jugra selain menjadi pilihan pencinta sejarah Rumah Api Bukit Jugra, turut diadakan aktiviti luncur udara yang melibatkan penyertaan seramai lapan ahli Kelab Rekreasi Utusan Malaysia (KRUM) bersama Persatuan Luncur Udara Malaysia (PLUM) pada 19 dan 20 Jun 2010 yang lalu. Terbang tinggi di udara melebihi ketinggian Rumah Api Bukit Jugra Banting setinggi 146 meter memberi pengalaman yang cukup berharga buat peserta, di samping dapat menikmati pemandangan berlatarbelakangkan perairan Selat Melaka yang begitu indah.

 Kesan Sejarah - Tapak Perigi Lama Jugra
Tapak Perigi Lama Jugra ini terletak di kaki Bukit Jugra, kira-kira 200 meter dari Bangunan Muzium Tapak (Insitu) Jugra, Kuala Langat. Tapak Perigi Lama ini di jumpai semasa kerja-kerja survei arkeologi di jalankan pada bulan November 2001. Di sekitar tapak ini terdapat beberapa unit perigi lama yang dipercayai digunakan sebagai sumber air pada masa dahulu.  Di kawasan tapak di Bukit Jugra ini juga dipercayai terdapatnya runtuhan banguan berdasarkan jumpaan sebahagian kecil tembok atau dinding batu yang masih elok semasa kerja-kerja carigali dijalankan pada tahun 2003. Selain jumpaan tembok batu tersebut, jumpaan-jumpaan lain seperti serpihan seramik, tembikar, porselin dan logam juga telah ditemui.  
 

No comments:

Post a Comment